Syarat utama berdiet dengan SD2:
1) tak boleh BERLAPAR! WAJIB MAKAN!
2) bila dah capai berat ideal, TIDAK PERLU maintain minum SD2!
Pelan pemakanan semasa DIET semasa 2 minggu induction:
1) Elakkan nasi, mee, laksa, lasagna, speggeti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2) Elakkan roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3) Elakkan gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4) Elakkan buah-buhan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada)
5) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
BOLEH MAKAN:
1) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis,
3) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit 2-3 keping sehari.
7) Air kosong, air mineral - minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
9) Pizza? Makan topping sahaja.
10) Makan supplement dan vitaman seperti spirullina dan multi vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Syarat-syarat Induction:
Induction ialah fasa terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-kuanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi potions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidrat 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis, Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitaman untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan produk tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Diari Diet:
- Catatkan berat badan anda. Buat sekali catatan tentang ukuran pinggang, paha, dada, pinggul, tekanan darah, dan kadar kolestrol.
- Tentukan sasaran berat badan yang perlu anda turunkan dalam jangka masa sebulan akan datang.
- Cuba tentukan sasaran untuk menurunkan berat badan dalam tempoh seminggu antara 1/2 hingga 1 kg.
- Tentukan tahap kalori yang boleh mebantu anda menurunkan berat badan mengikut tahap-tahapnya. Contoh kalori yang disarankan ialah kurang 35gm pengambilan karbohidrat dalam makanan.
- Catatkan semua makanan, minuman atau kudapan yang telah anda ambil. Kira jumlah kalori dan lemak.
- Catatkan latihan / senaman yang telah anda lakukan setiap hari. Dapatkan anggaran agak-agak berapa jumla kalori yang terbakar.
- Hasilnya pada malam hari, buat pengiraan pengurangan kalori makanan dan kalori latihan yang dilakukan.
- Pada hujung minggu pula, buat pengiraan dan hasil yang telah anda gunakan untuk kalori dan lemak.
No comments:
Post a Comment