Friday, 5 October 2012

Penurunan Berat Badan Yang Perlahan @ Mendatar Semasa Diet Alpha Lipid SD II








Penurunan Berat Badan Yang Perlahan @ Mendatar Semasa Diet Alpha Lipid SD II?

Sesetengah pihak mengadu penurunan berat badan yang perlahan @ mendatar setelah agak beberapa lama mengamalkan SDII. Ini bermakna tahap metabolisma anda berkemungkinan lebih rendah daripada orang lain, jadi badan anda lebih perlahan membakar simpanan lemak daripada org lain. Kadangkala juga berlaku masalah sekatan pembakaran lemak menyebabkan berat anda tidak turun langusung, menyebabkan anda berasa kecewa. Mungkin anda harus menyemak kembali beberapa perkara berikut:

1. Karbohidrat tersembunyi - Perhatikan karbo tersembunyi seperti salad dressing, kekacang, sos cili/tomato, kuah makanan (gravy) untuk chicken/lamb chop, buah buahan. Gunakan ketostick dgn lebih kerap untuk memastikan anda tiada mengambil karbohidrat yang tinggi. Jika ketostick masih putih, ini bermaksud kandungan karbohidrat yang anda ambil masih tinggi, maka SDII tidak dapat membakar lemak anda.

2. Masih berlapar, atau meninggalkan waktu makan - Anda tidak boleh berlapar ketika mengikuti program ini. Makanlah 3x sehari, atau 4-5 x sehari, tetapi dengan saiz yang sederhana (makan dengan kerap tetapi sederhana). Mengurangkan makanan @ terlalu lama tidak makan (lebih 6 jam) menyebabkan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, lesu, menggigil dan kelaparan sehingga memungkinkan sakit kepala atau gastrik. Berlapar juga menyebabkan badan anda membakar lemak lebih perlahan.

3. Ubat-ubatan @ supplement - Cuba semak ubat ubatan yang anda ambil, yang berkemungkinan mengandungi kandungan karbo yang tinggi.

4. Bersenam - Pada tahap ini anda mungkin perlu pergi bersenam, sekurang kurangnya 20-30 minit senaman ringan sehari. Ini dapat menyelesaikan masalah sekatan pembakaran lemak. (Skipping adalah senaman yang paling mudah)

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotein pada satu masa - Cuba makan dengan saiz yang sederhana tetapi kerap kali (4-5 kali sehari), supaya berasa puas tetapi tidak terlalu kenyang. Ini kerana terlalu banyak protein pada satu masa juga akan menyebabkan protein menjadi gula di dalam darah & proses ini akan mengganggu pembakaran lemak. Makanlah dengan lebih perlahan untuk memudahkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Sekiranya tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan, cuba kurangkan kuantiti yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi berasa lapar, maka anda akan tahu beza di antara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar.

6. 2 liter air sehari - Pastikan anda minum sekurang kurangnya 2 liter air sehari. Selain mengatasi masalah sembelit, ia juga dapat membezakan adakah anda betul-betul lapar @ cuma dahaga. Kadangkala anda berasa lapar, sedangkan apa yang diperlukan hanyalah sekadar minuman. Air juga diperlukan untuk tindakbalas pembakaran optima dan pembuangan kumuhan pembakaran.

7. Period - Tindakbalas kimia mengurangkan kadar pembakaran lemak @ untuk sesetengah individu, tiada pembakaran langsung ketika ini. Berat badan tidak akan turun & keto stick memang akan sentiasa putih ketika ini. Tetapi anda juga digalakkan untuk terus meminum SDII untuk mendapatkan kulit yang cantik dari protein soya itu.

8. Sembelit, lakukan yang sewajarnya - Minumlah air yang banyak, makanlah banyak sayuran & tambahkan fiber atau physillium husk (yang  tak berperisa) ke dalam minuman anda. Sembelit menyebabkan anda berasa sembab, & lemah untuk melakukan senaman.

9. Jangan terlebih makan pemanis tiruan - Setiap paket pemanis tiruan mengandungi sekurang kurangnya 1 gm karbo. Jangan mengambil  lebih dari 3 paket sehari. Sesetengah orang menghadapi masalah untuk menghilangkan ketagihan karbohidrat apabila memakan pemanis tiruan.

10. Kafein - Kadangkala kafein berlebihan seperti di dalam kopi, teh & air berkarbonat memberi kesan kepada kandungan gula di dalam darah & menyebabkan anda sentiasa ketagihan gula. Mungkin anda perlu beralih kepada minuman decaf tanpa gula.


Untuk maklumat lanjut tentang produk sila PM, email newimagesb@gmail.com atau hubungi +60168878388

No comments:

Post a Comment